Pages

Wednesday, December 10, 2008

Keputusan PRU 2008

P023 RANTAU PANJANG, N14 MERANTI , N15 GUAL PERIOK AND N16 BUKIT TUKU.

P023 RANTAU PANJANG

MOHD AFANDI BIN YUSOFF - Barisan Nasional (BN BN) 14,858

ISMA AIRFATH BIN HASSANUDDIN BEBAS BEBAS 330

SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 19,344 WINNER

Voters : 45,384

Spoilt Votes : 837

Ballot Paper Issue : 35,451

Not Return Ballot Paper : 82

Votes Cast : 35,369

Voters Percentage : 78.11%

Majority : 4,486

(Malay: 97.91% Chinese: 0.88% Indian: 0.16% Others: 1.04 %)

Incumbent: Abdul Fatah Harun - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) (Majority: 723 undi)

N14 MERANTI

ABDULLAH BIN MAT YASIM - Barisan Nasional (BN BN) 4,102

MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 7,237 WINNER

Voters : 14,534

Spoilt Votes : 145

Ballot Paper Issue : 11,509

Not Return Ballot Paper : 25

Votes Cast : 11,484

Voters Percentage : 79.19%

Majority : 3,135

(Malay:99.11% Chinese:0.19% Indian: 0.09% Others: 0.59%)

Incumbent: Nassuruddin Daud - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) (Majority: 2,105 undi)

N15 GUAL PERIOK

SHAARI BIN MAT HUSSAIN - Barisan Nasional (BN BN) 6,182

MOHAMAD BIN AWANG - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 6,915 WINNER

MOHAMMAD ZULKIFLE BIN ABD.RASHID BEBAS BEBAS 147

Voters : 18,162

Spoilt Votes : 237

Ballot Paper Issue : 13,514

Not Return Ballot Paper : 33

Votes Cast : 13,481

Voters Percentage : 74.41%

Majority : 733

(Malay:97.21% Chinese:1.82% Indian: 0.14% Others: 0.80%)

Incumbent: Datuk Shaari Mat Husin - Barisan Nasional (BN BN) (Majority: 1,192 undi)

N16 BUKIT TUKU

MOHD ZAIN BIN ISMAIL - Barisan Nasional (BN BN) 4,884

ABDUL FATAH BIN HARON - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 5,340 WINNER

Voters : 12,688

Spoilt Votes : 178

Ballot Paper Issue : 10,428

Not Return Ballot Paper : 26

Votes Cast : 10,402

Voters Percentage : 82.19%

Majority : 456

(Malay:97.56% Chinese:0.32% Indian: 0.24% Others: 1.86%)

Incumbent: Datuk Mohd. Zain Ismail - Barisan Nasional (BN BN) (Majority: 868 undi)

Sunday, November 23, 2008

KG Jejawi: Program Berkhatan Perdana



Program berkhatan beramai-ramai kini menjadi program tahunan bagi penduduk setempat.Baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Rantau Panjang dengan kerjasama MTD DUN Meranti telah menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai di DUN Meranti.

Buat julung-julung kalinya kg Jejawi terpilih sebagai tempat bagi acara tersebut pada tahun ini. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Nasarudin Daud yang juga merupakan ADUN Meranti.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat mengadakan program tersebut dan berterima kasih kepada para ibubapa yang mendaftarkan anak-anak mereka seterusnya menjayakan program tersebut.

Seramai 95 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut yang merupakan pelajar-pelajar yang berumur di antara 8 hingga 12 tahun dari seluruh kawasan DUN Meranti. Seramai 10 orang doktor dengan 10 orang pembantu didatangkan khas bagi menyumbang khidmat mereka dalam menjayakan program tersebut.

Penduduk setempat menyambut baik program yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Disamping dapat mengurangkan beban ibubapa bagi membiayai kos berkhatan, ia juga dapat memupuk kerjasama di kalangan penduduk kampung kerana segala persiapan yang berkaitan diadakan secara bergotong-royong.

Tuesday, September 9, 2008

Sidang DUN Kelantan



Lagi Video: http://www.youtube.com/watch?v=kaKK5H9QgjU

Adun Meranti dilantik Speaker baru Dun Kelantan

Satu sejarah dilakar sejak 1990 apabila seorang lulusan bidang agama dilantik sebagai Speaker Dun Kelantan.

Sejak PAS mentadbir Kelantan pada akhir 1990 sehingga sekarang, tiga Speaker dilantik yang bermula dengan Omar Muhamad, Wan Rahim dan Nusuruddin.

ImagePada penggal lalu, Adun Meranti dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Manakala timbalan Speaker baru pula iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. Wan Abdul Rahim melepaskan jawatan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Majlis pelantikan tersebut bermula jam 9 pagi tadi selepas namanya dicadang Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.

Selepas selesai pelantikan Speaker, Menteri Besar yang juga wakil rakyat Cempaka mengangkat sumpah sebagai Adun, diikuti Ahmad, Datuk Husam Musa, Datuk Anuar Tan Abdullah, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan.

Diikuti Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood, Wan Ubaidah Omar, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Mohd Fadzli Hassan.Image

Manakala barisan penyokong kerajaan dimulakan Adun Perupok, Datuk Omar Mohamad, Ustaz Hassan Mohamood (Tawang), Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong), Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Gaal) dan Haji Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku).

Selepas 38 Adun PAS dan seorang daripada KeADILan, Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria (Guchil) mengangkat sumpah ia diikuti Adun pembangkang dengan diketuai Datuk Mohd Alwi Che Amat (Kok Lanas), Datuk Norzahidi Omar (Pengkalan Kubur).

Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah), Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) dan Mat Yusof Abdul Ghani (Nenggiri).

Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dari PAS yang terbabit dengan kemalangan jalan raya Mac lalu juga hadir mengangkat sumpah. Kini beliau sembuh sepenuhnya selepas hampir dua minggu terlantar di hospital.

Suasana agak gamat seketika semasa nama Norzula dipanggil Speaker untuk tampil ke hadapan bagi mengangkat sumpah kerana pada persidangan akhir tahun lalu beliau cuba bertindak kasar terhadap Adun Kelaboran.

Selain itu, beberapa Adun PAS yang berjaya menewaskan calon BN yang mempunyai kedudukan tinggi di peringkat bahagian menerima tempukan daripada Adun-Adun lain.

Antaranya, Abdul Aziz Kadir menewaskan Datuk Dr Ilias Hussin di Dun Jelawat, Wan Hassan Wan Ibrahim mengalahkan Datuk Kamaruddin Mohd Noor di Semerak dan Arifabillah Ibrahim menewaskan Datuk Ramzi Abdul Rahman di Dabong.

Majlis angkat sumpah tersebut berjalan lancar dan ia berlangsung hampir dua jam. Persidangan penuh Dun Kelantan bersambung jam 9 pagi esok. -