Pages

Sunday, November 23, 2008

KG Jejawi: Program Berkhatan Perdana



Program berkhatan beramai-ramai kini menjadi program tahunan bagi penduduk setempat.Baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Rantau Panjang dengan kerjasama MTD DUN Meranti telah menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai di DUN Meranti.

Buat julung-julung kalinya kg Jejawi terpilih sebagai tempat bagi acara tersebut pada tahun ini. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Nasarudin Daud yang juga merupakan ADUN Meranti.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat mengadakan program tersebut dan berterima kasih kepada para ibubapa yang mendaftarkan anak-anak mereka seterusnya menjayakan program tersebut.

Seramai 95 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut yang merupakan pelajar-pelajar yang berumur di antara 8 hingga 12 tahun dari seluruh kawasan DUN Meranti. Seramai 10 orang doktor dengan 10 orang pembantu didatangkan khas bagi menyumbang khidmat mereka dalam menjayakan program tersebut.

Penduduk setempat menyambut baik program yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Disamping dapat mengurangkan beban ibubapa bagi membiayai kos berkhatan, ia juga dapat memupuk kerjasama di kalangan penduduk kampung kerana segala persiapan yang berkaitan diadakan secara bergotong-royong.

No comments:

Post a Comment