Pages

Friday, December 18, 2009

Muslimat PAS Kelantan / Wakil rakyat, Penyelia Dun bantu mangsa banjir

Biar pun cuaca nampak terang dan sekali sekala mendung, namun penduduk di jajahan ini dan Rantau Panjang terpaksa menyelamatkan harta benda mereka ekoran paras air bah semakin meningkat. -->

Tinjauan di beberapa kampung di Tumpat termasuk Kelaboran, Bunohan, Keting didapati air melimpah ke jalan raya.

Aliran air yang begitu deras ekoran limpahan daripada Sungai Golok telah memasuki kampung sehingga memenuhi kawasan bendang di sekitar Bunohan dan Keting.

Laluan dari Pengkalan Kubur ke Cabang Empat digenangi air bah di lima lokasi. Sehingga jam 12 tengahari tadi laluan itu masih boleh dilalui semua jenis kenderaan kecuali motosikal.

Malah ada penduduk sudah memunggah barang ke tempat yang lebih tinggi dan
memindahkan kenderaan ke tempat tinggi. Pemandangan di sekitar bendang di
Kampung Keting kelihatan seperti laut.

Penyelia Dun Wakaf Bharu, Haji Che Abdullah Mat Nawi dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood sibuk mengagihkan bantuan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir.

Che Abdullah berkata, Kampung Jal Besar agak terjejas teruk dengan banjir yang melanda ekoran limpahan Sungai Golok.

â??Kami sedang berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa di kampung tersebut yang kini sudah terputus hubungan. Di tempat-tempat lain bantuan sudah diagih sejak semalam,â? katanya.

Menurutnya Dun Wakaf Bharu sudah lama tidak didatangi banjir yang agak besar seperti berlaku sekarang.

Manakala anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar turut melawat mangsa-mangsa banjir di Kampung Bendang Pak Yong semalam.

Beliau dengan diiringi Penghulu Bendang Pak Yong, Mohd Azmi Ibrahim beberapa petugas MTD Pengkalan Kubur menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada beberapa mangsa banjir yang belum berpindah.

Azmi berkata, air lambat mengalir ke sungai kerana terhalang oleh jalan yang baru dibina menghubungkan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.

â??Penduduk di sini pernah menyuarakan pandangan kepada kontraktor yang membina jalan tersebut supaya membina jambatan bagi memudahkan aliran air ketika musim banjir, namun ia tidak diedahkan,â? katanya.

Kamaruddin juga melawat 30 keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan.

Di Rantau Panjang semakin ramai penduduk dipindahkan mulai petang semalam ekoran paras air Sungai Golok meningkat dan ramai penduduk terkandas dan terputus bekalan.

Mengikut sukarelawan Unit Amal air naik secara mendadak dan di Gual Tinggi dan pusat pemindahan di kawasan tersebut telah terputus hubungan.

Pekan Rantau Panjang pula ditenggelami air sedalam lebih satu meter pada jam 12 tengah malam tadi. Dan hari ini air semakin naik.

Penyelia Dun Bukit Tuku, Rasul Mohamad berkata, dianggarkan kira-kira 4,000 penduduk di kawasan Parlimen Rantau Panjang telah berpindah kepada beberapa pangkalan hadapan yang ditetapkan.

â??Sejak tiga hari lalu sebanyak 20,000 bungkusan makanan keperluan harian sudah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Parlimen Rantau Panjang,â? katanya.

Barangan yang diagih berupa beras sebanyak lima kilogram, sardin dua tin, gula, serbuk teh atau kopi dan biskut.

Antara kampung yang terjejas teruk termasuk Kampung Tasik, Bakong, Banggol Jenerih, Tok Rusa, Kubang Pak Hitam di mana sebahagian besarnya terletak di Dun
Meranti.

Manakala anggota Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun petang ini sibuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa kampung di Meranti.

Sementara itu, Unit Amal Kelantan mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang. Bantuan boleh dihantar ke pusat bantuan di Markaz PAS Rantau Panjang.

Bantuan yang diperlukan termasuk wang tunai, peralatan seperti bot pengangkut, jaket keselamatan, lampu suluh, tikar, selimut, ubat nyamuk, makanan dan lain-lain.

Maklumat lanjut boleh hubungi
Pengarah Unit Amal Negeri, Hafiz Musa di talian 019 9817327,
Ustaz Rosli - 0139832393 atau Hanif di 012 9555657. - mj

No comments:

Post a Comment