Pages

Sunday, September 9, 2007

Kerajaan yang diperintah oleh UMNO lagi miskin dari Kelantan - Adun Meranti

KOTA BHARU: Kemiskinan sering menjadi senjata Umno Kelantan dalam menggambarkan kegagalan kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pas, isu kemiskinan juga sering dimainkan Umno bagi menunjukkan kelemahan kerajaan negeri.

Sedangkan hakikat sebenar isu kemiskinan dan kemiskinan tegar sebenarnya berlaku di mana-mana termasuk negeri yang diperintah Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lagi.

Berdasarkan statistik dan angka-angka terbaru jumlah rakyat miskin dan miskin tegar Kelantan sebenarnya tidaklah seteruk yang digambarkan di dada-dada akhbar dan media elektronik arus perdana.

Menurut Nassuruddin Daud (Pas-Meranti) berdasarkan statistik kemiskinan tegar negara yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 baru-baru ini, menunjukkan Kelantan berada ditempat keenam iaitu seramai 3600 rakyatnya dikategorikan sebagai miskin tegar.

“Kadar miskin tegar tertinggi adalah negeri Sabah iaitu seramai 32,400 orang, kemudia diikuti negeri Terengganu (8,300), Perak (5700), Sarawak (5200), Kedah (5000) dan Kelantan (3600),” jelas beliau semasa mengambil bahagian dalam perbahasan bejet 2008 yang bertemakan Belanjawan Rakyat.

Menurut beliau yang juga Timbalan Speaker Dun, dalam mengatasi masalah kemiskinan rakyat janganlah meletakkan kerana Pas memerintah maka adanya rakyat miskin di Kelantan, seolah-olah negeri yang selamanya diperintah Umno dan BN tidak ada rakyat miskin.

“Tindakan menyalahkan kerajaan negeri tidak sepatutnya berlaku dalam menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat, tambahan pula kita selaku anggota dewan mengetahui tahap kemampuan dan kuasa yang ada pada kerajaan negeri.”

Menurut beliau, Ketua Pembangkang satu ketika pernah diberi amanah dalam menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat semasa menjawat sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar khususnya di Kelantan.

“Tapi apa yang berlaku laporan Jabatan Audit Negara pada tahun 2000 mengesahkan berlakunya penyelewengan dana PPRT hampir RM40 juta sewaktu Yang Berhormat Ketua Pembangkang menjadi menteri yang bertanggungjawab.”

Penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam inilah sebenarnya punca kenapa isu kemiskinan tegar masih tidak dapat diselesaikan dan bukannya kerana Kelantan di tadbir oleh Pas.

Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas tidak pernah ditegur oleh Jabatan Audit Negara kerana berlaku penyelewengan atau salah urus dana kerajaan negeri.

Timbalan Speaker boleh ambil bahagian dalam perbahasa

Kata Nassuruddin lagi, berdasarkan peraturan Dewan Negeri seorang Adun yang dilantik sebagai Timbalan Speaker sebenarnya boleh mengambil bahagian atau berucap dalam persidangan Dun.

“Timbalan Speaker boleh berucap dan mengambil bahagian dalam perbahasan dewan semasa duduk di kerusi Adun (Adun Meranti) dan ketika duduk di kerusi Speaker baru tidak boleh berucap atau ambil bahagian dalam perbahasan.”

Sebelum ini, Ketua Pembangkang dalam membahaskan belanjawan 2008 seolah-olah mempertikai kenapa Timbalan Speaker turut mengambil bahagian dalam perbahasa Dun.

“Sebenarnya Pegawai Undang-Undang Negeri juga telah memberi pandangan bahawa tidak salah Timbalan Speaker mengambil bahagian dalam perbahasan kerana tidak menyalahi peraturan dewan.”

Katanya lagi, malah kalau dirujuk kepada amalan Dewan Negeri di negeri-negeri di bawah BN Timbalan Speaker memang mengambil bahagian berucap dan berbahas.

“Jadi sebelum Ketua Pembangkang hendak mempertikai kedudukan saya, cubalah terlebih dahulu jengok-jengok (lihat-lihat) negeri BN yang kawan-kawan Yang Berhormat memerintah dulu,” katanya lagi dengan disambut tepukan dan ketawa

No comments:

Post a Comment